Jumaat, 3 Mei 2013

projek cream puff bersama naufal


  Ni Naufal tengah tekun mengacau adunan...memang dia ni rajin membantu kerja-kerja dapur..tambah-tambah kerja baking-baking ni...cepat je dia buka peti sejuk ambil telur dengan mentega...:)"emak nak egg and butter kan" tu ayat yang akan dia guna...kita pun seronok bila tengok dia pun seronok,masa nilah akan dengar dia bercakap..bertanya nak apa lagi..nak letak apa dll..




  Sebenarnye memang payah nak dengar Naufal bersuara...bila tanya kena tanya banyak kali baru dia jawab..hai Naufal penat jugak dibuatnye..cream puff ni berinti kastard...nak bentukkan ni ada 2 cara nak paipkan atau guna sudu saya ni malas nak membasuh benda kecik2 ni jadi guna sudu..senang..



Selasa, 23 April 2013

jalan2...cameron highland


Cepat betul masa berlalu pejam celik pejam celik aku dah ada 4 orang cahayamata . Nur Naurah Syafiah anak yang sulung kini akan menjangkau 8 tahun disember nanti... Muhammad Naufal Naqiuddin (yg tak pandang kamera) anak kedua yang istimewa ni baru menyambut ulang tahun kelahiran yang keenam...Muhammad Nukman Adam yang aktif, banyak mulut, agak clumsy sikit (yg putih) akan genap berumur 5 tahun november nanti...yang kecil sekali Muhammad Naqib Zafri baru 1 tahun 2 bulan....
Ni gambo cik hubby dengan anak-anak, naufal tutup hidung sebab dia cakap sangkar kat belakang tu busuk.. gambo2 ni masa kami jalan-jalan kat Cameron Highland awal bulan April baru ni..kat atas tu kat Stesen Mardi yang ni kat Avant Chocolate Factory...kat belakang  dia adalah kebun sayur ,bunga dengan ayam dan burung nuri..kalau nak makan pun ada cafe dia ..ni ha anak-anak teman dok makan steamboat strawberri..bawah tu emaknye and mr.baby..